Tuesday, February 9, 2010

I..Am LoNely.........


................Napa aku cakap semalam aku lonely..sebabnya..aku nekad dan bulatkan tekad untuk pergi ke Perpustakaan Negara untuk mencari bahan-bahan dan buku rujukan sumber kedua untuk membuat tesis..huk3..berani kan aku pergi seorang..Bila aku fikir-fikir kalau kita asyik hendak cari peneman untuk kesuatu-suatu tempat sampai bila tesis aku hendak siap...Aku anggap sahaja persekitaraan Kuala Lumpur sama sahaja dengan Melaka..Aku berpendapat sendiri kalau sesat masih lagi dalam Malaysia..tak pun pergi balai polis dengan muka kesian aku sesat..macam mana nie..aku bukan ada rekod jenayah pun..kalau ada pun rekod langgar lampu merah...Berbalik cerita tadi...aku pergi la naik bus StarCoarch dari Tanjung Malim KE kuala Lumpur..turun masjid jamek..dari masjid jamek ambil LRT ke Titiwangsa..pastu ambil bus rapid KL no B114..pastu aku suruh uncle tue turun kan aku di Labry negara..simple jek....Jadi apa masalah nyer cuma aku sentiasa berwaspada apa yang ada di sekeliling aku...aku buat-buatlah aku pro dalam KL nie..lagi pun aku tengok ramai jek jalan sorang-sorang...Nasib baik ada bahan aku jumpa..Sampai disana aku tercari-cari bahan sebab serius aku tak pernah sampai sini..wawawawa...aku mencari-cari oopss..terjumpa budak kelas aku merangkap ex -roomate aku semester satu..happy sangat..aku pun tak tahu diorang nk pergi sini..Aku tidak kuasa hendak membuat pertanyaan sesiapa-sesiapa yang hendak pergi ke Labry..So, macam biasa la srampang dua mata kan..lepas cari bahan dalam pukul lima pergi Times Square jalan-jalan...Wah masyuk syiall..barang dekat sini murah tapi last sem aku pergi kat sini semua barang yang dijual hampeh dan tidak menepati citarasa langsung..Oppss..baru teringat kan dah dekat raya cina..So, cina-cina nie keluarkan stok baru..yang cun2..aku tanpa disangka-sangka menjumpai barang yang hendak ku cari..wallet+ 2 baju tunic..warna putih..n putih tompok-tompok hitam..Aku tidak boleh berada lama-lama dekat sini mau habis duit..huk3...lagi satu aku ada berkenana dekat beg..tapi aku kuat kat semangat dan hati masih banyak dan lawa beg aku dekat rumah..lagi pun adik aku pun ada koleksi beg dia...boleh pinjam meminjamkan..kan...kan..lagi pun taste sama..so tak ada masalah...
So..ini sahaja la coretan aku pada hari ini....
...........MORAL: HIDUP MESTI BERDIKARI DAN BERANI TEMPUH CABARAN.......

Thursday, February 4, 2010

Tentang aku dan sesuatu

 
 
Ni la keadaan kawan-kawan aku yang kebosanan di dalam dewan kuliah..
So, apa lagi buat aktiviti tidur berjemaah..yang pakai tudung merah tu nama dia yana dia melayan sms ler tue dari boyfriend dia..bukan kitorang aja yang kebosanan...yang lain pun lepak-lepak..usha awek kat sebelah...lagi pun dah semester 6 la katakan kalau tak ada bf or gf macam tak laku la pulak...jadi gunakan masa yang ada mengorat awek disebelah untung mana la tahu tersangkut..macam lelaki yang dihujung tue yang berbual dengan girk baju pink..entah apa yang dibualkan..
Kalo korang dalam kelas aku ini sure korang pun wat aktiviti yang sama kerana aku tak tahu la kenapa lecture yang ajar kitorang semester ini  macam tak nak mengajar pula. 
Yer la ktorang paham la dia OKU..tapi janganlah membaca aja slide power point tu ...suara pelahan lak tue..dalam kelas tu lak ada lebih 100 orang yang pelbagai ragam kan..aku tak boleh tidur pun dalam kelas ini sebab lebih bagus kalau aku tidur dirumah ada selimut+bantal+tilam...kan..tidur kat sini buat sakit tengkuk aje..tapi 2 orang ini memang tak ada sikit pun sifat malu bantai tidur sahaja..Kalau ada Kamera cctv mampus kitorang kena dakwa kerana tidur+makan+ sesuka hati semasa dalam bilik kuliah ini....
Apa lak aktiviti aku???aku tak tertidur sebab ada Mr Pinky  yang menemani aku didalam kelas yang membosankan ini...kenapa aku panggil dia mr pink sebab dia suka pakai baju pink...hehehhe..tak pe tak perlu kita mendiskriminasikan warna pink ini hanya untuk perempuan sahaja lelaki pun minat warna ini.. Jadi tidak salah pun dia pakai..lagi nampak sweet adalah...
betul kan...dimana kah Mr Pink tue berada.??...aku berada disebelah budak pakai bjau kurang biru tue. dan dia di atas kepala aku....tapi time aku ambil gambar ini dia keluar kejap sebab girlfriend dia telefon...Sesuka hati sahaja budak-budak kelas aku meluangkan masa yang bosan ini dengan aktiviti yang berfaedah...kononnyer...faedah la sangat kan...
 
 

Ni pun aku pose masa tunggu lecture aku masuk...aku terawal datang..so..tak ada kerja ambil la gambar sendiri...tak kan nak ambil gambar orang lain pulak kan ..nanti dia ingat dia paling fames lak kat kelas ini kalau aku beriya-iya hendak bergambar dengan dia...

Gambar ini pula aku pun aku ambil sendiri...Masa ini aku sedang tunggu member aku menghadiri temuduga.lama betul kat dalam tu entah apa yang dia tipu kat orang yang interview dia...aku dah settle interview...yang interviewa aku budak semester4...aku lak semester 6..hik3...terasa bangga dia panggil kakak...tapi sebenarnya tak suka nanti kantoi ar aku senior and paling tua kat UpSi ini...Tapi ada gak semester 7 tapi tak ramai pon...aku kat upsi ini peh langsung tidak aktif..tiba-tiba pulak terasa nak aktifkan diri ..So, aku dan beberapa member aku pergi la mempoyokan diri datang interview ini nak mohon ahli persatuan library Upsi..Kelebihan yang dapat seperti ada buat lawatan la..lagi pun dah semester 6 agsiment tak la banyak..tapi ada la agsiment pening iaitu proposal untuk latihan ilmiah..tue namanya agsment pening-pening lalat..Letih aku tangkap gambar nie..kononyer nak mencomel-comelkan diri...hik3...nasib baik berhasil gak kan..

Monday, February 1, 2010

....seRABUT menyelubungi aku

 
Ini adalah kad matrik aku yang gambarnyer digantikan dengan teddy bear....Kad Matrik ini tak ada kaitan pun dengan tajuk aku sahaja aja hendak letak ...

....................................................................................................................................................

Dah lama tak mencoretkan sesuatu kat sini..lama ker tak la lama...sekarang kepala agak serabut la pasal propasal untuk wat latihan ilmiah nie..baru wat propasal dah serabut belum lagi buat latihan Ilmiahnya..Nampaknya hidup aku semester ini dan semester hadapan selalu la kena pergi arkib la kan..erm..hendak buat macam mana memang kena kesana..banyak khazanah-kahzanah dan dokumen untuk ditafsir..analisis dan dinilai..Pada mulanya aku nak buat pasal kampung aku yang sudah berusia 100 tahun tue..mesti banyak yang boleh dikaji masalahnya sumber tak ada pun..bengang sangat dengan kampung aku ini..Mungkin diorang tidak sedar tentang pentingnya menyimpan sesuatu dokumen..minit-mesyuarat ..Macam mana hendak buat..Ini bukan cerita karang mengarang kena ada sumber..dalam annual report tak ada pun pasal penghijrahan orang jawa..kat kampung aku so aku tak nak pening-pening kepala memikirkan hendak buat kampung aku ini..Jadi bermula pada ketika ini kalau korang rasa dokumen ker surat-menyurat cinta simpan la bukan sebgai kenangan sahaja tapi mana la tahu kan korang fames ker leh la gunakan sumber ini untuk tulis pasal sejarah hidup korang sebab dalam 50 tahun akan datang mana lah tahu korang jadi orang penting kan dalam Malaysia So, dokumen-dokumen..surat menyurat berguna untuk membuat kajian atau penulisan untuk korang..Baru lah sesuatu penulisan itu berilmiah dan tak ada orang pertikaikan kewibawaannya menulis la kan...So..aku dah ubah tajuk hendak buat mengenai tanaman ubi kayu di Tampin pada zaman british 1880-1920 an..Nasib baik lah penjajah ini menyimapan semua dokumen-dokumen atau perniagaan yang diorang buat di Tanah Melayu..Senang kerja aku semua ada dekat arkib..mintak sahaja lah dekat pak cik arkib..pastu sem depan bermula lah kajian..pentafsiran..penilalian...hope tajuk aku ini diluluskan..sumber pun ada..Aku tengok dekat annual report pun ada..pasal ekonomi ubi kayu ini...