Sunday, November 28, 2010

MAIN TARIK TALI

.........................................................................................................................................................................
aku rasa semua pernah main tarik tali..seriusly aku tak berapa suka sebab akan menyebabkan sakit tangan ,kaki dan sebagainya...
hanya orang yang gagah perkasa dan berbadan seperti Malik Nor jek yang layak main tarik tali...sebenarnya aku bukan nak tulis pasal main tarik tali yang itu..
tapi main tarik tali dalam perhubungan cinta....
tadi aku terjumpa la kat you tube mengenai video perkhawinan elyana ..
ala yang nyanyi lagu bagaikan tapak sulaiman tu ..
tajuk video tu Love Story Elyana Dan Khairul...
Video tu macam drama pendek menceritakan macam mana diorang bertemu ..bercinta dan khawin...
yang sweetnyer elyana rupanyer yang melamar khairul nie..OMG...hahahhaha...
cayalah elyana...aku adalah salah seorang peminat elyana...
hasil penilaian dan analisis aku...
elyana ni masa berlakon dalam drama dunia baru mesti dia jadi loser dalam percintaan..
.loser dengan adif..rizal dan bos dia....
agaknya dia tak nak jadi loser love macam drama dunia baru tu yang dia ambil langkah drastik macam tu....erm tak salah girl nak mulakan ...
nak bagi tips ar...eh ceh..ceh...ceh macam la aku ni pro sangat dalam bercinta kan ..
.kalau perempuan nak mulakan boleh tapi tengok ar lelaki tu macam mana...

1) kalau dia nie peramah yang sangat2 dengan semua perempuan ...erm tak yah lah nak mulakan luahkan perasaan ke...ngorat2 bagi tanda-tanda yang kita suka dia..sebab belum kompem dia akan terima kecuali kau cun macam lisa surihani...hahhahaha...

2) lagi satu lelaki-lelaki kaki ayat-mengayat..ni kompem banyak kawan perempuan tapi tak de awek...aku dah banyak kali jumpa dan berkhawan dengan diorang...memang best...la kawan ngan orang macam ni....tapi kalau korang lamar dia memang dia tak hargai la kot

3) ...tapi hasil penilaian aku husband elyana ni macam pemalu tak juga la tapi agak lembab dalam bertindak soal hati dan perasaan (lelaki macam ni memang wujud)....iaitu lambat tangkap tentang someone love you.....tapi korang make sure la dia pon memang suka kat korang...bukan anggap ko kawan jek...nanti korang yang malu sendiri..

4)..kalau ko suka kat lelaki tu tapi dia pon  suka kat ko tapi malu-malu nak luahkan kat  ko...bagus korang bagi pelempang...hahahha...kejam tak aku...yer lah mcam dalam mulut ade mutiara jek....
jadi laki kena la berani...tanggung risiko diterima atau direject...

5)kalau yang main tarik tali lak....ko tunggu dia mulakan..dia pon tunggu ko mulakan..alamatnyer...sampai ko tua lah tak terluah perasaan yang mengebu di hati. ...antara kamu....hak3...


moral dari entry main tarik tali...kalau aku ..aku tak akan tarik tali tu ..tapi aku akan lepas kan...hahhaha....sebabnye korang pikir ar sendiri...
.............bye ........

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


entry ni khas yang masih dalam pencarian yang belum datang-datang lagi...bagi yang dah khawin abaikan je la eh...nanti aku bagi tips rahsia perkhawinan( kalau ada la)....ok...

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita....


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Kalau jumpa rasa nak senyum jek

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday, November 27, 2010

Beza Cinta Sayang dan Minat.........

....................................
aku rasa dah ramai kot orang dah tahu perbezaannya...tapi aku nak gak letak kat sini...nak buat sebagai rujukan dan panduan dimasa hadapan...hahahha...poyo jek,,
...................................

selalu orang tanya apa itu CINTA???.............

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)...bagi yang buat tak tahu tu aku rasa mau lempang jek muka dia..bagi dia sedar...aku cinta kau lah..paham???...hohohoho...
 nak luahkan perasaan macam mau bergaduh...ngeh3....

                                                                         apa itu SAYANG 

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


                                                                            Apa itu Suka??


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)



                                                                     Apa itu MINAT???
                                                                       



Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… ),....macam artis la...aku minat giler kat adi putra...dia nampak hot la..dalam cerita EMILY or CINTA CHADURI ( watak ammar)...minat jek....kita suka tengok dia...tapi sekadar minat diam2 la tapi minat leh bertukar jadi cinta gak...mula-mula minat pastu suka pastu sayang pastu cinta....so korang tafsirkan la perasaan korang tue...wokey...





Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Monday, November 22, 2010

Cantik Dengan Lidah Buaya


Bentuk tumbuhan lidah buaya mungkin memang sederhana dan tak menarik. Tapi jangan salah, si lidah buaya ini ternyata punya manfaat yang banyak sekali, baik untuk kecantikan maupun kesehatan. Ada lebih dari 200 jenis tumbuhan lidah buaya (aloe vera), tapi sebenarnya hanya lima jenis yang dipertimbangkan memiliki manfaat untuk kesehatan atau digunakan untuk produk-produk kecantikan, yakni Aloe Barbadensis Miller, Aloe Perryi Baker, Aloe Ferox, Aloe Arborescens dan Aloe Saponaria.
Semakin tua tumbuhan lidah buaya semakin memberi manfaat untuk nutrisi maupun pengobatan. Gel lidah buaya seringkali digunakan untuk mengobati luka gores, tersayat, gigitan serangga dan ruam. Manfaat lidah buaya untuk kesehatan sebenarnya sudah dikenal sejak dahulu kala. Menurut catatan sejarah mengindikasikan penggunaan lidah buaya untuk bahan pengobatan telah digunakan sejak 1.500 SM. Lidah buaya diduga juga jadi bahan rahasia kecantikan Cloepatra dan disebutkan dalam al kitab beberapa kali.

Manfaat Minum Jus Lidah Buaya

Penyembuhan  luar biasa dari tumbuhan ini juga bermanfaat untuk kecantikan. Dengan meminum dua sampai empat ons, atau bahkan 1/2 cangkir jus lidah buaya setiap hari akan membuat kulit Anda terlihat bersih dan memperbaiki kualiti kulit.
Lidah buaya dapat memperkaya persediaan material pembangun untuk memproduksi dan memperbaiki kesehatan kulit. Secara alami kulit kita memperbaiki diri dalam setiap 21 hingga 28 hari. Nutrisi pembentuk yang dikandung lidah buaya ini dapat digunakan oleh kulit kita untuk melawan efek penuaan.

Lidah Buaya Bermanfaat Untuk Perawatan Jerawat Dan Kulit Berminyak

Sepanjang hari kulit kita diterpa dengan polusi, kotoran dan elemen lain dari lingkungan. Jika Anda bermasalah dengan jerawat atau memiliki kulit berminyak sangat penting untuk membersihkan wajah setelah keluar rumah. Dan lidah buaya bisa jadi pilihan bagus untuk perawatan wajah.

Berbagai kandungan mengganggu yang melayang di udara biasanya menempel pada kulit berminyak dan dapat menyebabkan noda yang memperburuk keadaan kulit bermasalah. lidah buaya mengembalikan keseimbangan kulit sekaligus membersihkan kulit yang bernoda. Selepas itu membasuh bekas olesan lidah buaya di wajah ini dengan air bersih.

Lidah buaya terkenal untuk membuat rambut menjadi lembut sehingga rambut menjadi indah. Mungkin manfaat ini sudah kita dengar sejak kecil, kita sering dianjurkan menggunakan lidah buaya agar rambut indah.

 Itulah sebabnya banyak shampo yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya. Manfaat ini didapat dari kandungan glyco protein. Bila Anda memiliki tanaman ini di rumah, Anda dapat memanfaatkannya dengan cara mengupas kulitnya kemudian menggosokkan bagian dagingnya ke kulit kepala dan rambut agar rambut menjadi subur dan indah. menawan seperti dalam iklan tv...wowowow...mengancam you....

Lignin merupakan kandungan yang terdapat di dalam daun lidah buaya yang berguna untuk menjaga kelembapan kulit sehingga kulit tidak menjadi kering dan terjaga elastisitasnya, juga bermanfaat untuk mencegah terjadinya alergi kulit pada pemakainya. Ditambah dengan kandungan antrakuinon dan asam amino yang akan sangat berguna bagi kulit karena membantu kulit untuk segera memperbarui diri untuk menghasilkan sel-sel baru dan dapat menghilangkan sel kulit mati. 

Isi dari daun lidah buaya ini juga memiliki tingkat keasaman yang sama dengan yang dimiliki manusia dan mampu meresap dengan baik ke dalam tubuh juga memiliki kandungan saponin yang dapat berfungsi sebagai anti bakteri dan anti jamur. Penggunaan secara teratur dapat membuat kulit Anda sehat dan tampak cantik berseri. Anda juga dapat memanfaatkan aloe vera sebagai masker wajah, karena juga mengandung antioksidan yang mencegah penuaan....wah cegah penuaan tau..tak da kesan bahan kimia....

Efek dingin dari jelly lidah buaya dapat menjadi pertolongan pertama saat Anda menderita luka bakar atau tersiram air panas. Dapat pula dimanfaatkan untuk kulit yang perih akibat sengatan matahari yang berlebih. Cukup tempelkan daging lidah buaya pada daerah yang terluka. Rasa dingin yang dihasilkan dari lidah buaya akan membantu proses penyembuhan.


Memang, lidah buaya adalah salah satu cara tradisional untuk manfaat sehat dan cantik sekaligus bagi Anda. Tak ada kesan sampingan....tak percaya cuba lah...saya dah cuba...anda bagaimana....

blog vs diary

.......................................................................................
BLOG VS DIARY

ada persamaan ker???..
adik aku tanya la kat aku..apa motif buat blog ni...tak macam diary ke.??..ko tak malu ke orang baca...
....huhuhu....ermm..
aku teringat la masa aku sekolah rendah...aku ada diary tau...he3...
adik aku suka curi-curi baca pastu gelak-gelakkan 
.macam - macam aku tulis. dalam tu ..aku suka kat somebody la...
kecik2 dah jatuh cinta...he3...
pastu bengang adik aku baca..terus aku bakar....hahahha...
tapi aku ada simpan diary aku masa darjah 6...hahahha..bila aku baca sangat la poyo tahap gaban..
masih lagi disimpan....tak sempat nak bakar...hahahhahahaha...
sebenarnya terpulanglaah kat seseorang tu nak tulis blog tentang kegiatan seharian korang ke or nak bagi maklumat or pengetahuan am la kat pembaca2 blog korang....
blog aku ...keseluruhan tentang aku...
he3...malu pula bila ada orang baca...kan...kan...


Saturday, November 13, 2010

MR YAMAHA NOUVO..I LOVE YOU SO MUCH..



PEWWITTTT....................hensem ker cun nouvo saya ni?????
memang betul apa yang adik aku cakap...fell bawak nouvo dengan motor-motor lain memang lain....
huhuhuhuhu
muka aku sengih jek bila bawak nouvo...baru 2 jam kitorang ambil nouvo dari kedai...pastu adik aku ajak pergi sungai rambai nak memancing coz classmate adik aku ajak....
aku ikut lah sebab naik nouvo kan ..kalo KRISS ngn SUZUKI..erm jangan harap aku nak ikut....
bila naik nouvo terasa semua tengok kami..hahhahah...bukan kami tapi Mr Nouvo la...hu3...
kalau naik motor KRISS n SUZUKI pergi town mesti dah mcm minah rempit...
tapi bila bawak nouvo seperti gadis ayu(perasan giler)...hahahahhaha
sayang ayah saya tau....bila beliau dapat tahu tahun depan aku nak praktikum kat smk ayer molek terus ayah aku nak ambil nouvo...tapi sebenarnya tu adik aku nak sangat NOUVO...mula-mula aku memag tak berapa setuju la...sebab ada gosip gosip panas mengatakan NOUVO cepat rosak ..kalau pancit tak leh jalan lah..minyak makan banyak la...kira NOUVO nie memang jantina perempuan la banyak penjagaan dia...huhuhuhuhuhu
bersyukurlah dengan pemberian ayah kita...
kalau mintak kereta agak melampau la...dah le setiap bulan bapak kau bagi duit...hasil duit keje aku belum lagi berhasil...adoooiaii....
bapak aku cakap biar susah dulu berpanas hujan sikit...
paling untung bongsu..sengsara sulung la...ermmm....


..........................................
nak bagi tips penjagaan NOUVO 

1.Dari aspek penjagaan Skuter juga tidaklah terlalu menyusahkan, Cuma mungkin kita perlu mengikuti jadual penjagaan seperti yang di cadangkan oleh pengeluar skuter yang kita gunakan seperti pengantian minyak pelincir dan minyak gear. 
2. amalan memeriksa skuter kita. Seperti kerosakan kecil dan skru longgar. 
3. Periksa juga tali sawat yang menjadi nadi utama perjalanan skuter dari habuk dan kakisan. 
4. Hantarlah servis untuk menukar minyak pelincir dan minyak gear skuter kita setelah 3000KM-5000KM. 
5. Pengantian pencucuh pula selepas 10000KM bagi memastikan kelancaran api sentiasa berada dalam keadaan baik.
5. Kebiasaannya bateri harus ditukar dalam tempoh setahun. 
6. Begitu brek harus di pastikan berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan tidak baik semasa menunggang Skuter kerana brek Skuter bergantung sepenuhnya pada brek tangan. 
7. Demikian lah secara umum penjagaan dan pengunaan Skuter, mungkin tidak begitu lengkap tapi memadai untuk pengetahuan asas kita bersama.
8. Namun untuk maklumat lanjut terperinci sila lah rujuk buku panduan motorsikal skuter yang dibekalkan percuma semasa kita mula-mula membeli skuter.

Thursday, November 11, 2010

cograte yana my adik bongsu...caya lahh

.........................................................huhuhuhu..................................
alhamdullilLah...bak kata bapak aku dah penghabisan baru lah dapat...
maksudnya....dari 5 orang...akhirnya yang bongsu dapat full A 5A in UPSR...
Cayalah nurliyana rozan....




..................................................
aku masa UPSR dapat 3A jek..he3...saya budak sederhana jek...
adik2 aku yang lain pon result UPSR biasa2 jek...
tapi mak aku tak dapat tengok yana ambil result coz time tue hujan lebat dowh...hu3....sadis...
tunggu jek yana telepon..tapi memang agak pon yana leh dapat 5A coz percubaan dia 5A...cuma risau gak  manalah tahu nasib tak memyelebahinya
tapi alhamdulliah rezeki yana ..he3...hope yana terus cemerlang dan gemilang....jangan leka dengan kejayaan sekarang sebab UPSR bukan penentu segalanya....


nie ambil pic kat rumah kami....

air muka yang sukar digambarkan...
.........sekarang yana dah jadi anak target bapak aku...ngeh3...

Tuesday, November 9, 2010

Saya percaya semua orang mest ada crush kt sesorng kn??

owhhh....terjumpa entry nie kat fb Mellina Abd Jalil....
so, nak share la kat sini..sebab saya tahu ramai girls kat luar sana macam ni...
aku tak terkecuali...hahhahah...
.......................................................................
jom kita baca dan hayati...jika ada terkena batang hidung korang....
sila angguk tanda setuju,,,,

1)  kte asyk brharap dia mncul dpan kite..kite dok bce jampi serapah mntak2 kita dapat jmpe dia.haha..

2) Pstu kalo dia lalu sbelah kte,kite mula pura2 xnmpak tapi dalam hati ‘aish…cepat la tego..ak dah jln punya slow ni’..haha..ak tau korg mmg cmni sbb ak la slh sorg tu..^.^

3) bile dia tego kite,dpan dia mke maintain je..tnye dia cm kwan bese je..pas dia pergi je..peh..kalo ad krusi dpan korg,cnfirm patah sbb korg sepak..hehe..punye la happy pdahal dia just tnye ‘watpe tu’…

4) tapi bile dia xtego kte,mula la..masuk blik mke cam mati laki..mula pkir ‘nape dia xtego ak td..nk kata xnmpak,dh lalu sbelah..ke dia tau ak ske dia,dia xnak lyan ak..ke dia…..or dia…..’.mule la korg pkir ap sebab dia xtgor korg~

5)lagi 1,kalo korg ske kat dia,mle la kwan2 korg jd mngsa..lg2 yg mne rapt ngn korg..tiap2 hari nak cte..brdarah telinga kwan2 korang tu..roommate lagi r..cm orang gila kite brcerita tp kwan2 kite baik..walaupun dah tau jlan cte tu,diorg tetap dengar..*thnx r roommateku n kwan2 yg menahan telinga*( cik masni)...sgt tabah mendengar mungkin dah tahap nak termuntah....hohohohooh...

6)bila waktu cuti sem,peh~lagi r..dah r xleh tgk mke dia..seb baik ad fb~connecting people..haha..tp ble dia on9,xtau nk tgo pe..so,korg tgk jela..ble skali dua nak tego hai boleh tahan lg..tp kalo tiap2 ari nak tego dulu,kite pun rse segan..so trpksa la tahan hati....tgok jek dia tgh online

7) apa status dia kat fb,smua nk like.( ni aku tak buat sebab aku nie pemalu) .....bile status dia sedih,mule kte tnye dia..tp plg sedih kalo status dia pasal orang lain..dan psal hati dia kt pmpuan lain..nk mrah xleh,nk like pon xleh..tgk je la..pstu amek bntal..tutp muke pastu jerit ( nie pon tak pernah sbb aku hati kering)..

8)tp ble dia komen2 dgn kwan2 dia,n dia brsungguh kata yg dia still single,mula r..snyum xnmpk mata..even kte tau mybe dlm hati ad org..tp kte ttp wat xtau..slagi mulut dia xkate sndiri,slagi tu kita ttap anggap dia single..

9)kalo kite nmpak brang2 yg dia ske,kte pun jd ske kat barang tu..dia ske minum air oren brand X,kite pun ske..asal g koop je,nk bli air,amek ape yg dia ske..ble nk ble ice cream pon ingat dia..tp ble kite nk bli asam ttbe tringat dia bese kate ‘makan asam xelok..xyah bli’..trus xjadi nk bli..mak kte punya la payah pujuk kte jgan mkan asam,dia ckp cmtu je trus dgr~tp ble dpan dia,trus g bli asam..saje nk attntion dia.. ( nie betul kot)

10)last skali r..korg msti brharap 1hari korg leh confess kt dia..n dtrima..tp untuk mse skrang korg hnye tgk dia dari jauh je*yg dkat tu ok la*..macam kwan2 saya kate ‘g je la cnfess kat dia’..ape diorg ingt ak cnfess ni cm nk bli gula2..sng2 je~kena r ada azam yg kuat,mke tebal baru leh cnfess..

So, kpada ssiapa yg ad crush tu r,sye sgt pham prasaan n keadaan korang..tp yg pnting kita kne la syg lbih kt yg kat atas,THE ONLY ONE..n oso kite nyer FAMILY..

*kalo nk share,sya xkisah coz hati pmpuan smua sama..hehe*


p/S buat suraya nasir...benda ni pernah terjadi kan dekat ko..hahahhaha....masa en budak baik nak balik lepas kita jumpa ramai-ramai mula la muka ko monyok siap keluar air mata lagi..hahhaha...tapi tahniah sekarang dia jadi pak we ko yg tahan layan kerenah ngada-ngada ko....hahahhahaha...

Monday, November 8, 2010

aku sebagai suri rumah

.........saya sebagai suri rumah separuh masa...
huk...huk..huk...tu pun nak kecoh ke..keh3..
hari ni mak aku tak de umah hantar nenek aku pergi hospital...
pagi-pagi mak +ayah+nenek dah keluar..

so, aku la yang menghantar adik-adik kesekolah dengan new motor NOUVO..huhuhu...

budak-budak zaman sekarang ni untung..
dulu time zaman sek ren aku..pergi sekolah naik basikal..kayuh pelan-pelan dibawah panas terik mentari..uish3..tapi best sangat time tu.
.tapi sekarang lebuhraya AMJ dah ada merentas kampung aku.
.so, bahaya la budak-budak skrg nak pg sekolah kan..
lepas hantar adik aku yang sekolah menengah pernu tue..
aku singgah la beli ikan kat telok mas beli barang mentah,
..sekilo rm 12 untuk ikan kembung..mahal x???.
.bila sampai umah aku kemas-kemas..siang ikan..dan sebagainya,,,(bajet rajin padahal terpaksa)
aku dah mula buhsan tahap 15..nak tidur balik agak melampau la kan...
so,..aku makan la nasi goreng..pastu buhsan lg aku on9 la kejap..pastu buhsan gak aku goreng nugget...
so ,aku tak hairan la kenapa suri rumah gemuk2...hahahha..kecuali mak aku..sedang-sedang jek...mau tak gemuk...bila semua dalam rumah pergi keje dan sekolah ...dan rumah sunyi sepi...tv pagi-pagi tak ada cerita best kalau ada kartun bisu..buhsan la...
nasib baik aku bakal jadi surirumah separuh  masa...maksudnyer disini saya bakal menjadi wanita berkerjaya...kalau aku jadi suri rumah sepenuh masa  memang la leh jadi ikan kembung..hu3....makan jek..hu3...adioss...

Tuesday, November 2, 2010

Jika belum siap, Cintai ia dalam DIA

 ................entry nie aku amik kan facebook siapa entah.............

korang suka kan kalau entry pasal cinta kan...kan..kan..
so saya masukan entry nie kat blog ni..

         Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...



amacam????.....sebab tue saya suka jadi silent love...hu3...yer ker..tak la sebenarnya saya pemalu...
erm..lagi pun kan saya dah cakap saya tak akan bagi tahu pon...biar dia sendiri perasan yang saya suka dia...
sebenarnya dia tahu tapi buat tak tahu...
cinta kan tak boleh dipaksa biarlah ia jadi secara semulajadi...
............SILENT LOVE........^..........^....