Tuesday, January 19, 2010

Khasiat ApPLE hIJAU

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.




Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

aku dan gelang dan tulisan


................................................................
Nie adalah barg yg ku perlu kan bler nk g kuliahhh....terutama gelang tue..aku syg gler kat dier...aku x leh pkai cincin sebab rasa rimas sangat. So, aku pkai gelang la..cun tak tulisan aku..aku tak tahu la kenapa tulisan aku nie buruk tahap kronik..aku sudah berusaha untuk menghasilkan tulisan yang tercantik tapi ini sahaja yang terdaya..Dari aku zaman sekolah dulu kawan-kawan aku cakap aku macam tidak ikhlas kalau hendak menulis...entah la aku rasa tangan aku ini berat hendak menulis..kenapa aku letak duit 20 ringit tue..sebab itu sahaja yang ada dalam simpanan aku..sekarang aku jimat cermat dalam bab makanan ni.Tapi kalo bab lain aku tak jimat..kalo aku suka...berfikir dalam setengah jam dan terus beli...nanti tak beli balik menyesal lak..pastu mesti aku sedih sebab tidak dapat memilikinya sebab dah berkenan sangat...Aku bawk pen sebatang sahaja pergi kuliah..kalau bawa banyak-banyak pun hendak buat apa..aku bukan nya library bagi pinjam free dekat orang...yang aku hairan la kan napa ek masa sekolah aku suka bawak pen banyak2..kalo satu lagi senang ....jaga..macam pakwe la kan kao seorang sahaja senang hendak jaga..kalau banyak-banyak susah hendak jaga..ceh macam pernah ade ramai pakwe jek....