Tuesday, June 11, 2013

TARIK NIKMAT TIDAK BERSYUKUR

Betul cakap hidup cikgu ruzaini..zaman paling indah zaman sekolah tak payah pikir masalah
tapi masa tu dalam hati aku menafikan ...bagi aku time tue zaman dewasa sangat best ..sbb ada duit,kerja dan kawen terus happy bahagia


baru aku sedar kehidupan setiap manusia mula diuji bila melangkah ke alam dewasa...
bila kita rasa seseorang tu adalah yang kita harapkan ,percayakan dia dan sayang tapi akhirnya
semua tu dusta...kenapa sesorang itu tergamak membuat sebegitu pada kau


tapi tahukah kau..orang yang bertindak kejam kat kau dia diciptakan oleh ALLAH untuk mengajar umat2nya yang disayangi untuk berhijrah atau diuji supaya menjadi lebih baik....


kita marahkan seseorang yang kau rasa kejam kat kau...tapi dialah yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar melalui beberapa perkara yang dulu indah tapi kini perit

pasti kesilapan itu kau tidak akan kau ulangi lagi atau takut nak menghadapi kisah kehidupan yang seterusnya
atau memilih untuk sendiri....


kenapa perlu memilih jalan sebegitu..cuba renung kembali apakah selama ini kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH...atau kita riak dan takbur tidak kisah lah melalui perbuatan ,cakap dalam hati ...
perlahan-lahan ALLAH tarik nikmat itu satu persatu tanpa sedari...jadi bersyukurlah jangan menghina walo tak cakap kuat2...tetapi hati kamu berbisik ..ALLAH dengar...ALLAH boleh tarik nikmat itu tidak kisahlah kebahagian,kewangan,kesihatan,...sangat perlu dalam kita..

bersedia lah ALLAH akan menguji ketiga-tiga nikmat itu....sentiasalah bersyukur jika itu sudah rezeki kita

Sunday, June 2, 2013

Adakah takdir itu kejam??

Pernah tak hati kau dikecewakan ??
tak kisahlah sama ada soal cinta, kerja. study dan persekitaran...
bila bangun pagi rasa kosong jek..semuanya dah berakhir
dan ko harap ini hanya sekadar mimpi
tumbuk muka,cubit tangan..(aku tak mimpi ni realiti)
kadang2 rasa perasaan kenapa? mengapa?bagaimana? semua ni terjadi
ramai2 manusia kat dunia kenapa ko yg terpilih jadi mcm nie...pernah?

hal ini kerana semua takdir dan jalan kisah hidup berbeza
jika diuji sehebat ini mungkin hikmah yang baik tersembunyi
dulu aku tgok drama ,filem , novel ,kisah hidup artis ...tragis nyer..
tapi bila terkena batang hidung sendiri baru tahu...

Mengapa perlu tenggelam dalam kesedihan?
mengapa merenung dan meratapi diri?
Mengapa tuduh dia salah dalam menulis takdir ,sedangkan Dia Maha Mengetahui?
Tiada sedikit pun kezaliman dikenakan ke atas hambanya.

Cuba buang semua memori indah yang mengotori hati dan menyesakkan dada.
Semua masalah yang menimpa pasrahlah kepadanya.
Jangan sesekali berkata" inilah adalah pengakhiran perjalanan hidupku.
Memang mudah diucapkan jika kita sudah menemui pengganti.

Adakah perlu kita memandang dunia sebegitu sempit ?
Satu makhluk nya pasti menjadi jodoh, pujaan dan peneman perjuangan kita.
Adakah kita masih ingat? lelaki baik untuk wanita yang baik
wanita baik juga untuk lelaki yang baik
Allah s.w.t tidak pernah mengingkari janjinya

Sekiranya waktu ini kita sedang sendiri menanti pujaan hati,
 yakin yang dirinya juga sedang melakukan perkara yang sama
Dia juga sedang dididik dan ditempa oleh Allah swt bagi menjadi pendamping hidupmu 
ALLAH swt pasti sudah menyiapkan penganti yang jauh lebih baik dan soleh
sekiranya kamu berusaha menjaga dirimu