Sunday, June 2, 2013

Adakah takdir itu kejam??

Pernah tak hati kau dikecewakan ??
tak kisahlah sama ada soal cinta, kerja. study dan persekitaran...
bila bangun pagi rasa kosong jek..semuanya dah berakhir
dan ko harap ini hanya sekadar mimpi
tumbuk muka,cubit tangan..(aku tak mimpi ni realiti)
kadang2 rasa perasaan kenapa? mengapa?bagaimana? semua ni terjadi
ramai2 manusia kat dunia kenapa ko yg terpilih jadi mcm nie...pernah?

hal ini kerana semua takdir dan jalan kisah hidup berbeza
jika diuji sehebat ini mungkin hikmah yang baik tersembunyi
dulu aku tgok drama ,filem , novel ,kisah hidup artis ...tragis nyer..
tapi bila terkena batang hidung sendiri baru tahu...

Mengapa perlu tenggelam dalam kesedihan?
mengapa merenung dan meratapi diri?
Mengapa tuduh dia salah dalam menulis takdir ,sedangkan Dia Maha Mengetahui?
Tiada sedikit pun kezaliman dikenakan ke atas hambanya.

Cuba buang semua memori indah yang mengotori hati dan menyesakkan dada.
Semua masalah yang menimpa pasrahlah kepadanya.
Jangan sesekali berkata" inilah adalah pengakhiran perjalanan hidupku.
Memang mudah diucapkan jika kita sudah menemui pengganti.

Adakah perlu kita memandang dunia sebegitu sempit ?
Satu makhluk nya pasti menjadi jodoh, pujaan dan peneman perjuangan kita.
Adakah kita masih ingat? lelaki baik untuk wanita yang baik
wanita baik juga untuk lelaki yang baik
Allah s.w.t tidak pernah mengingkari janjinya

Sekiranya waktu ini kita sedang sendiri menanti pujaan hati,
 yakin yang dirinya juga sedang melakukan perkara yang sama
Dia juga sedang dididik dan ditempa oleh Allah swt bagi menjadi pendamping hidupmu 
ALLAH swt pasti sudah menyiapkan penganti yang jauh lebih baik dan soleh
sekiranya kamu berusaha menjaga dirimu