Monday, December 13, 2010

gaya vintage SALOMA




WOW...Tengok mata Saloma..pew mengancam kan...sekarang pemakaian celak  dimata dan dihujung mata dilukis tajam ..dah jadi fesyen terkini..kalau dulu pakai celak nak ikut sunnah nabi..tapi sekarang dah mcam trend lak...Mizz Nina dan Yuna antara artis yang mengayakan mata mcam Saloma

gadis -gadis semasa pon tak ketinggalan termasuk aku..wajib pakai celak mcam ni..kalau tak terasa mcam tak lengkap ler pulak..



ni lagi contoh mata Saloma+ lipstik merah

.


kalau kat barat ikon fesyen era 50 an Marilyn monroe.
pon wajib lipstik merah menyala+hujung mata tajam+ rambut putih ombak


So, pendek kata fesyen Saloma ketika itu adalah up to date la...


SALOMA dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. 
.
SALOMA mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. SALOMA turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya.


 Korang tanya la nenek korang fesyen baju apa yang mereka pakai masa muda-mudi dulu...mesti fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.

Fesyen SALOMA memang mendahului zaman dan apa yang digayakan wanita kini, ada antaranya pernah digayakan SALOMA.





Aku cari kat google tak banyak picture Saloma...semasa menonton Filem DOREMI..Saloma menyanyikan lagu tajuk apa entah..memang cun baju dia...warna putih ada bling2 terjuntai...tapi tak de lak picture tu dalam google...


Contoh fesyen Saloma yang dipakai oleh Liza Hanim semasa Teater Muzikal P. Ramlee




berani korang nak pakai macam ni ??..kalau pakai masa khawin..boleh kot..








ni salah satu contoh gaya vintage Saloma..speak mata hitam harus ada..






wahhh....cun sey baju ni..tengok tang rambut gila meletop..sarung tangan hitam mesti ada...




Sekarang ni konsep vintage Saloma telah dijadikan inspirasi fesyen terkini....x de istilah..eee..fesyen baju apa ko pakai ni..ketinggalan zaman la...ouw..kini tiada istilah mcam tu okey...korang pakai la apa2 asalkan confident..pasti tak nampak poyo..